Kaji gambar berikut.
Objek apakah yang ditunjukkan dalam gambar di atas?
Apakah kerja yang boleh dibuat ke atas objek itu?
Gambar menunjukkan suatu bekas tin penyimpan makanan. Apabila hendak mengambil makanan di dalamnya, kita perlu buka penutup tin itu.
(1) Apakah cara pertama yang akan kamu cuba?
Adakah percubaan seperti di atas akan berjaya?
____________
(2) Apakah yang akan kamu cuba kemudian?
Adakah cara ini akan berjaya?
Kamu boleh cuba buka penutup tin itu dengan tangan, tetapi kadang-kala percubaan ini tidak berjaya. Selepas itu, tentunya kamu mencari satu objek yang boleh menggantikan tugas tangan untuk membuka penutup tin itu.
Dalam contoh ini, hujung batang sudu digunakan dengan cara mengumpil untuk membuka penutup tin.
Sudu itu telah menggantikan tugas tangan untuk membuka penutup bekas makanan itu.
Adakah kerja membuka penutup itu mudah dilakukan dengan tangan?
Adakah kerja membuka penutup itu mudah dilakukan dengan cara mengumpil dengan sudu?
Kerja membuka penutup bekas ini adalah lebih mudah dibuat apabila menggunakan sudu.
Oleh itu, kita katakan sudu bertindak sebagai mesin ringkas.
Daripada pemerhatian di atas, apakah tugas mesin ringkas yang kamu dapat perhatikan?
YA, mesin ringkas memudahkan kerja.
******
Klik pautan untuk mengkaji tentang prinsip mesin ringkas dalam kehidupan sehari-hari kita:
Comments
Post a Comment