Skip to main content

Baji

Kaji gambar berikut:


Apakah cara terbaik untuk makan kek yang besar?

Bolehkah sebiji kek yang besar dimakan dengan cara di atas?
(Jangan cuba di rumah, ya murid-murid.)


Sesuatu mesin ringkas yang boleh memotong dipanggil baji. Apakah contoh alat yang menggunakan prinsip baji yang pernah kamu lihat?



Bolehkah kamu huraikan ciri-ciri baji seperti yang dapat dilihat dalam gambar?

Baji mempunyai satu atau dua satah condong. Hujung baji adalah tajam. Baji boleh memotong. Baji juga boleh memberhentikan objek.

Kaji gambar berikut:
Apakah objek yang ditunjukkan di atas?
Mengapakah objek ini dikatakan mempunyai prinsip baji?
Untuk mengetahui jawapannya, fikirkan apakah kegunaan objek di atas yang mengkategorikannya sebagai baji.


Bolehkah kita nak potong kek dengan tanga?
Boleh.
Tetapi lebih mudah jika potong kek dengan pisau.
Alat yang boleh memotong mempunyai prinsip baji yang dapat memudahkan kerja memotong.

Comments

Popular posts from this blog

Mutualisme Buran dan Umang-umang

Buran dan umang-umang berinteraksi secara mutualisme. Perhatikan gambar rajah berikut: imej asal Mengapakah hubungan antara dua hidupan ini dipanggil mutualisme? Apakah kebaikan yang didapati antara sesama mereka? Umang- umang dan buran kedua-duanya hidup di atas kulit siput yang telah kosong. Umang-umang tinggal dalam kulit siput, manakala buran tinggal di atas kulit siput. Buran ialah haiwan laut yang mempunyai sengat. Jika ada ancaman menghampirinya, buran akan menggunakan sengatnya. Oleh itu, umang-umang juga mendapat perlindungan daripada musuh. Sebagai balasan, apabila umang-umang bergerak, buran yang tinggal di atas kulit siput itu juga akan dapat bergerak bersama-sama dengan umang-umang. Buran dan umang-umang memberikan manfaat antara satu sama lain, mewujudkan hubungan mutualisme. Poster kreatif murid

Ciri Makanan Rosak

Murid boleh: Menjelas dengan contoh ciri makanan yang telah rosak melalui pemerhatian pada makanan sebenar atau pelbagai media. Apakah makanan yang rosak? Bagaimanakah untuk kenali makanan yang rosak? Apakah ciri makanan yang rosak? Kaji gambar berikut: sumber imej Adakah makanan seperti dalam gambar di atas masih boleh dimakan? Adakah makanan seperti dalam gambar di atas telah rosak? Mengapa? Adakah terdapat perbezaan antara makanan yang masih boleh dimakan dengan makanan yang telah rosak? Bolehkah kamu senaraikan ciri makanan rosak di atas? sumber imej Makanan rosak ialah makanan yang basi atau busuk. Makanan rosak boleh dikenal pasti dengan menggunakan deria LIHAT, BAU dan RASA. Kenal pasti makanan rosak terlebih dahulu sebelum memakan sesuatu makanan. Kaji gambar berikut: sumber imej Mengapa individu dalam gambar menutup hidung apabila terlihat makanan?   Makanan yang rosak (busuk dan basi) mempunyai bau yang busuk .   Kaji gambar berikut: sumber im...

Kaedah Pengawetan Makanan

Apakah maksud pengawetan? Pengawetan ialah proses yang dapat melambatkan kerosakan makanan, menjadikan makanan tahan lebih lama. Kerosakan makanan berlaku kerana kehadiran mikroorganisma (makanan terdedah kepada mikroorganisma). Apabila makanan terdedah kepada mikroorganisma, makanan akan rosak. Bagaimanakah mikroorganisma boleh bertumbuh di atas makanan dan merosakkannya? Ingat semula faktor/ pemboleh ubah/ keadaan yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma: PREZI! Prinsip kepada pengawetan makanan ialah menghalang mikroorganisma daripada mendapat faktor yang menggalakkan pertumbuhannya: 1. menghalang kehadiran udara/ oksigen 2. menaikkan suhu lebih  tinggi daripada 28 darjah Celcius untuk membunuh mikroorganisma 3. menurunkan suhu di bawah 4 darjah Celcius supaya mikroorganisma kurang aktif/ tidak bertumbuh. 4. menghalang kehadiran air. 5. menambah garam dan gula secara berlebihan 6. menjadikan makanan lebih berasid/ keasidan tinggi Kaji kaedah-...