Buran dan umang-umang berinteraksi secara mutualisme. Perhatikan gambar rajah berikut:
Mengapakah hubungan antara dua hidupan ini dipanggil mutualisme? Apakah kebaikan yang didapati antara sesama mereka?
Umang- umang dan buran kedua-duanya hidup di atas kulit siput yang telah kosong.
Umang-umang tinggal dalam kulit siput, manakala buran tinggal di atas kulit siput.
Buran ialah haiwan laut yang mempunyai sengat. Jika ada ancaman menghampirinya, buran akan menggunakan sengatnya. Oleh itu, umang-umang juga mendapat perlindungan daripada musuh.
Sebagai balasan, apabila umang-umang bergerak, buran yang tinggal di atas kulit siput itu juga akan dapat bergerak bersama-sama dengan umang-umang.
Buran dan umang-umang memberikan manfaat antara satu sama lain, mewujudkan hubungan mutualisme.
Comments
Post a Comment