Murid boleh: Menjelas dengan contoh ciri makanan yang telah rosak melalui pemerhatian pada makanan sebenar atau pelbagai media.
Apakah makanan yang rosak? Bagaimanakah untuk kenali makanan yang rosak? Apakah ciri makanan yang rosak?
Kaji gambar berikut:
Adakah makanan seperti dalam gambar di atas masih boleh dimakan?
Adakah makanan seperti dalam gambar di atas telah rosak? Mengapa?
Adakah terdapat perbezaan antara makanan yang masih boleh dimakan dengan makanan yang telah rosak?
Bolehkah kamu senaraikan ciri makanan rosak di atas?
Makanan rosak ialah makanan yang basi atau busuk.
Makanan rosak boleh dikenal pasti dengan menggunakan deria LIHAT, BAU dan RASA.
Kenal pasti makanan rosak terlebih dahulu sebelum memakan sesuatu makanan.
Kaji gambar berikut:
Mengapa individu dalam gambar menutup hidung apabila terlihat makanan?
Makanan yang rosak (busuk dan basi) mempunyai bau yang busuk.
Kaji gambar berikut:
Adakah sepatutnya makanan di atas kelihatan seperti dalam gambar? (Ya/ Tidak)
Makanan di atas telah berubah warna dan ditumbuhi kulat.
Apakah ciri bagi makanan rosak di atas?
Makanan rosak di atas berbuih sedangkan sepatutnya makanan itu tidak berbuih.
sumber imej
Contoh makanan rosak seperti dalam gambar di atas jika disentuh terasa berlendir, iaitu diselaputi oleh cecair seperti gam yang berbau busuk.
Makanan yang rosak seperti dalam gambar di atas mempunyai tekstur yang lembik apabila disentuh. (Isi ikan yang busuk adalah lembik).
Akhir sekali, jika termakan, makanan yang rosak berasa masam. Masam di sini bermaksud sesuatu makanan itu tidak sepatutnya berasa masam. Contohnya jika kita termakan nasi yang sudah basi, nasi basi itu berasa masam, sedangkan sepatutnya nasi tidaklah masam.
Bolehkah murid-murid kelaskan ciri-ciri makanan rosak?
Binalah suatu peta pemikiran yang sesuai.
Comments
Post a Comment