Kaji gambar berikut:
Pernahkah kamu melihat bagaimana suatu bendera dapat dinaikkan ke bahagian atas sebuah tiang bendera?
Jika kamu ingat aktiviti menaikkan bendera semasa majlis perhimpunan rasmi di sekolah, kamu akan dapat lihat bendera diikat kepada tali, kemudian tali itu ditarik sehinggalah bendera sampai ke puncak tiang. Bagaimanakah kerja menarik tali ini menjadi mudah?
Kaji gambar berikut:
Bolehkah murid-murid terangkan tentang takal berdasarkan gambar di atas?
Takal terdiri daripada tali yang boleh ditarik di atas suatu roda beralur.
Roda beralur ini ditempatkan di bahagian tinggi untuk menarik objek dari bawah. Roda beralur memudahkan tali ditarik.
Kaji imej gif berikut:
Adakah kerja di atas dapat dimudahkan dengan penggunaan takal?
Comments
Post a Comment