Buran dan umang-umang berinteraksi secara mutualisme. Perhatikan gambar rajah berikut: imej asal Mengapakah hubungan antara dua hidupan ini dipanggil mutualisme? Apakah kebaikan yang didapati antara sesama mereka? Umang- umang dan buran kedua-duanya hidup di atas kulit siput yang telah kosong. Umang-umang tinggal dalam kulit siput, manakala buran tinggal di atas kulit siput. Buran ialah haiwan laut yang mempunyai sengat. Jika ada ancaman menghampirinya, buran akan menggunakan sengatnya. Oleh itu, umang-umang juga mendapat perlindungan daripada musuh. Sebagai balasan, apabila umang-umang bergerak, buran yang tinggal di atas kulit siput itu juga akan dapat bergerak bersama-sama dengan umang-umang. Buran dan umang-umang memberikan manfaat antara satu sama lain, mewujudkan hubungan mutualisme. Poster kreatif murid
Blog ini bertuan. Dibenarkan guna semula kandungan blog untuk belajar dalam kelas. Dilarang sama sekali untuk plagiat/ penerbitan semula tanpa kebenaran. Lihat tab Pages untuk membaca tajuk kecil. Terima kasih.
Comments
Post a Comment