Skip to main content

Langkah-langkah mereka bentuk buku skrap

(1) Pilih tajuk dan rancang kandungan buku.

Murid-murid boleh pilih mana-mana tajuk yang telah dipelajari dalam tahun 6, atau pilih SATU sahaja di antara tajuk-tajuk berikut:

- Jenis mikroorganisma
- Kaedah pengawetan makanan
- Corak-corak buruj

(2) Berikut ialah langkah-langkah membina buku skrap

Sediakan sekeping kertas lukisan.
Kemudian lipat dua dan potong. Bentukkan kepada sebuah buku.
Ketipkan bahagian tepi kiri sebagai tulang buku.
Jika tidak ada kertas lukisan, murid-murid boleh gunakan apa-apa kertas lain yang bersesuaian.

(3) Langkah seterusnya ialah menulis isi kandungan buku.

Murid-murid boleh menggunakan antara 3 hingga 5 muka surat buku skrap untuk menulis isi kandungan. 
Tuliskan potongan ayat yang ringkas dan mudah difahami. RUJUK BUKU TEKS UNTUK MENDAPATKAN NOTA.
Muka surat belakang sekali ialah kulit buku dan dibiarkan kosong tanpa tulisan.
Berikut ialah contoh-contoh untuk menyusun isi kandungan:

Contoh kandungan tajuk Jenis Mikroorganisma
Contoh kandungan tajuk Corak Buruj
Contoh kandungan tajuk Kaedah Pengawetan Makanan
Murid-murid hanya dibolehkan untuk cetak gambar yang tidak boleh dilukis sendiri, yang kelihatan lebih tepat hanya jika dicetak berbanding dilukis. Gambar yang dicetak hendaklah dipotong dan ditampal dengan kemas dan bersih dalam buku skrap.

Gambar rajah yang mudah hendaklah dilukis sendiri.

(4) Langkah terakhir ialah membuat hiasan dan kemasan pada tajuk di kulit hadapan buku.

Contoh jika murid pilih tajuk Buruj
Jangan lupa tuliskan nama masing-masing di kulit buku.

Murid-murid boleh menghias buku skrap mengikut citarasa masing-masing tetapi tidak mengganggu isi kandungan dan tulisan dalam buku skrap.

Tidak digalakkan membeli bahan perhiasan. Gunakan apa-apa sumber yang sedia ada sahaja di rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Mutualisme Buran dan Umang-umang

Buran dan umang-umang berinteraksi secara mutualisme. Perhatikan gambar rajah berikut: imej asal Mengapakah hubungan antara dua hidupan ini dipanggil mutualisme? Apakah kebaikan yang didapati antara sesama mereka? Umang- umang dan buran kedua-duanya hidup di atas kulit siput yang telah kosong. Umang-umang tinggal dalam kulit siput, manakala buran tinggal di atas kulit siput. Buran ialah haiwan laut yang mempunyai sengat. Jika ada ancaman menghampirinya, buran akan menggunakan sengatnya. Oleh itu, umang-umang juga mendapat perlindungan daripada musuh. Sebagai balasan, apabila umang-umang bergerak, buran yang tinggal di atas kulit siput itu juga akan dapat bergerak bersama-sama dengan umang-umang. Buran dan umang-umang memberikan manfaat antara satu sama lain, mewujudkan hubungan mutualisme. Poster kreatif murid

Ciri Makanan Rosak

Murid boleh: Menjelas dengan contoh ciri makanan yang telah rosak melalui pemerhatian pada makanan sebenar atau pelbagai media. Apakah makanan yang rosak? Bagaimanakah untuk kenali makanan yang rosak? Apakah ciri makanan yang rosak? Kaji gambar berikut: sumber imej Adakah makanan seperti dalam gambar di atas masih boleh dimakan? Adakah makanan seperti dalam gambar di atas telah rosak? Mengapa? Adakah terdapat perbezaan antara makanan yang masih boleh dimakan dengan makanan yang telah rosak? Bolehkah kamu senaraikan ciri makanan rosak di atas? sumber imej Makanan rosak ialah makanan yang basi atau busuk. Makanan rosak boleh dikenal pasti dengan menggunakan deria LIHAT, BAU dan RASA. Kenal pasti makanan rosak terlebih dahulu sebelum memakan sesuatu makanan. Kaji gambar berikut: sumber imej Mengapa individu dalam gambar menutup hidung apabila terlihat makanan?   Makanan yang rosak (busuk dan basi) mempunyai bau yang busuk .   Kaji gambar berikut: sumber imej sumber

Kaedah Pengawetan Makanan

Apakah maksud pengawetan? Pengawetan ialah proses yang dapat melambatkan kerosakan makanan, menjadikan makanan tahan lebih lama. Kerosakan makanan berlaku kerana kehadiran mikroorganisma (makanan terdedah kepada mikroorganisma). Apabila makanan terdedah kepada mikroorganisma, makanan akan rosak. Bagaimanakah mikroorganisma boleh bertumbuh di atas makanan dan merosakkannya? Ingat semula faktor/ pemboleh ubah/ keadaan yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma: PREZI! Prinsip kepada pengawetan makanan ialah menghalang mikroorganisma daripada mendapat faktor yang menggalakkan pertumbuhannya: 1. menghalang kehadiran udara/ oksigen 2. menaikkan suhu lebih  tinggi daripada 28 darjah Celcius untuk membunuh mikroorganisma 3. menurunkan suhu di bawah 4 darjah Celcius supaya mikroorganisma kurang aktif/ tidak bertumbuh. 4. menghalang kehadiran air. 5. menambah garam dan gula secara berlebihan 6. menjadikan makanan lebih berasid/ keasidan tinggi Kaji kaedah-kaed