Kaji klip yang menunjukkan kelajuan berikut:
(kredit gif) Klip gif (B)
(1)Apakah persamaan dua klip di atas?
KEDUA-DUA KENDERAAN BERGERAK
(2)Apakah perbezaan dua klip di atas?
Kenderaan dalam klip (A) bergerak perlahan.
Kenderaan dalam klip (B) bergerak laju.
(3)Bolehkah murid-murid cadangkan cara menyiasat kelajuan?
Kaji klip berikut:
(kredit gif)(i)Dalam klip di atas, peserta manakah yang laju?
Yang pertama sampai ke garisan penamat.
(ii)Apakah ukuran yang diambil untuk menentukan pemenang?
Masa.
(iii) Oleh itu, dapat dikatakan bahawa orang yang laju itu cepat sampai ke garisan penamat.
Orang yang berlari lebih perlahan adalah lambat sampai ke garisan penamat.
Selepas mengkaji dua keadaan di atas, apakah yang murid-murid dapat simpulkan tentang maksud kelajuan?
KELAJUAN IALAH CEPAT ATAU LAMBATNYA SESUATU PERGERAKAN.
Soalan lain-
Adakah objek yang pegun (iaitu objek yang tidak bergerak) mempunyai kelajuan?
Bolehkah murid-murid terangkan?
Objek yang pegun tidak ada kelajuan kerana tidak ada pergerakan.
Comments
Post a Comment