Kaji gambar berikut:
Jika makanan di atas ditinggalkan di atas meja tanpa ditutup, apakah pemerhatian selepas 3 hari?
YA, makanan ditumbuhi kulat.
Kulat ialah sejenis mikroorganisma (seperti yang telah dipelajari sebelum ini).
Bagaimanakah kulat (dan mikroorganisma lain iaitu bakteria) boleh menyebabkan kerosakan makanan?
Kaji gambar berikut:
Antara dua makanan di atas, manakah cepat tumbuh kulat jika dibiarkan di ats meja?
YA- roti.
Jika kamu sentuh dua makanan di atas, apakah beza yang kamu dapati?
Roti lebih lembap, biskut lebih kering.
Mikroorganisma mudah hidup pada bahan yang mempunyai kelembapan.
(Kelembapan merujuk kepada kandungan air)
Kaji makanan berikut:
Makanan manakah lebih mudah ditumbuhi kulat?
YA- jika diletakkan di atas meja, lebih mudah berkulat daripada disimpan dalam peti sejuk.
Apakah beza keadaan atas meja dengan dalam peti sejuk?
Perbezaan suhu.
Suhu bilik lebih sesuai untuk kulat bertumbuh daripada suhu rendah dalam peti sejuk.
Kaji yang berikut:
Mana satukah makanan yang akan mudah ditumbuhi kulat?
YA- makanan yang terdedah.
Bungkusan vakum ialah bungkusan yang langsung tiada udara kerana telah disedut kelur.
Makanan yang terdedah menerima udara.
Kehadiran udara memudahkan pertumbuhan kulat dan merosakkan makanan.
Kaji yang berikut:
Makanan manakah yang lebih mudah ditumbuhi kulat jika disimpan lama?
YA- mangga segar.
Dalam mangga jeruk terdapat
1) asid
2) gula atau garam berlebihan
Mikroorganisma mudah tumbuh jika keasidan rendah.
Kandungan gula dan garam yang rendah adalah jumlah nutrien yang mencukupi untuk mikroorganisma tumbuh.
Bolehkah murid-murid ringkaskan apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma dalam suatu peta pemikiran yang sesuai
JIKA MIKROORGANISMA BERTUMBUH, MAKANAN BOLEH ROSAK.
Comments
Post a Comment