Skip to main content

Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Pemeliharaan

mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada kerosakan/ kemusnahan

Pemeliharaan mengelakkan kemusnahan habitat haiwan, jadi haiwan boleh terus hidup dalam habitatnya, begitu juga tumbuhan.


Apakah aktiviti yang kita boleh buat supaya habitat asal haiwan dan tumbuhan tidak rosak? Bagaimanakah kita boleh menjaga haiwan dan tumbuhan dalam alam semula jadi?

 

PEWARTAAN

-pewartaan ialah menjadikan sesuatu kawasan hutan tidak boleh dicerobohi.

-haiwan yang diwartakan sebagai spesies terancam adalah tidak boleh diburu dan tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan di rumah/ di mana-mana tempat lain.

-sesuatu tumbuhan yang diwartakan sebagai terancam tidak boleh diambil untuk ditanam di tempat lain, selain dsripada tempat asalnya

-pewartaan dibuat oleh kerajaan dan pihak berkuasa sahaja.

-tapak RAMSAR: pewartaan kawasan paya bakau (tidak boleh menebang pokok bakau sesuka hati)

-hutan simpan: pewartaan hutan yang tidak pernah ditebang (tidak boleh tebang pokok di sini)

-taman laut: pewartaan sesuatu kawasan di dasar laut (tidak boleh mencemarkan kawasan laut ini)

-pengusaha kayu boleh membalak/ menebang/ memotong pokok yang dibenarkan sahaja.


KEMPEN

-kempen ialah suatu aktiviti aktif ke arah memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam semula jadi daripada kerosakan.

-contoh aktiviti kempen

*edaran poster

*ceramah alam sekitar

*aktiviti melukis yang berkaitan dengan alam sekitar

-kempen biasanya dijalankan oleh badan-badan berkanun yang berkaitan dengan pihak berkuasa, dan persatuan/ kelab alam sekitar.

 

PENDIDIKAN

-memasukkan pendidikan alam sekitar sebagai salah satu bidang yang mesti dipelajari di sekolah.

-pendidikan alam sekitar diterapkan/ diintegrasikan/ dimasukkan dalam matapelajaran yang dipelajari di sekolah, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Reka Bentuk dan Teknologi, dan lain-lain.

-mewujudkan kelab dan persatuan alam sekitar di sekolah yang dapat memupuk kecintaan murid-murid terhadap kepentingan menjaga alam semula jadi daripada kerosakan.


Pemuliharaan

ialah mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal.


PUSAT REHABILITASI/PEMULIHARAAN

-tempat yang khas untuk menjaga hidupan liar yang perlu dirawat, cedera atau sakit. Setelah ia pulih, hidupan liar itu akan dilepaskan semula ke habitat asal.

-contoh haiwan di Malaysia yang mendapat rehabilitasi: orang utan, penyu


PENANAMAN SEMULA POKOK

-dijalankan di kawasan pembalakan.

-pokok balak yang telah ditebang mestilah ditanam semula oleh pengusaha.

-supaya ada pokok yang dapat menggantikan pokok yang telah ditebang.


RUMUSAN/ RINGKASAN




Comments

Popular posts from this blog

Mutualisme Buran dan Umang-umang

Buran dan umang-umang berinteraksi secara mutualisme. Perhatikan gambar rajah berikut: imej asal Mengapakah hubungan antara dua hidupan ini dipanggil mutualisme? Apakah kebaikan yang didapati antara sesama mereka? Umang- umang dan buran kedua-duanya hidup di atas kulit siput yang telah kosong. Umang-umang tinggal dalam kulit siput, manakala buran tinggal di atas kulit siput. Buran ialah haiwan laut yang mempunyai sengat. Jika ada ancaman menghampirinya, buran akan menggunakan sengatnya. Oleh itu, umang-umang juga mendapat perlindungan daripada musuh. Sebagai balasan, apabila umang-umang bergerak, buran yang tinggal di atas kulit siput itu juga akan dapat bergerak bersama-sama dengan umang-umang. Buran dan umang-umang memberikan manfaat antara satu sama lain, mewujudkan hubungan mutualisme. Poster kreatif murid

Ciri Makanan Rosak

Murid boleh: Menjelas dengan contoh ciri makanan yang telah rosak melalui pemerhatian pada makanan sebenar atau pelbagai media. Apakah makanan yang rosak? Bagaimanakah untuk kenali makanan yang rosak? Apakah ciri makanan yang rosak? Kaji gambar berikut: sumber imej Adakah makanan seperti dalam gambar di atas masih boleh dimakan? Adakah makanan seperti dalam gambar di atas telah rosak? Mengapa? Adakah terdapat perbezaan antara makanan yang masih boleh dimakan dengan makanan yang telah rosak? Bolehkah kamu senaraikan ciri makanan rosak di atas? sumber imej Makanan rosak ialah makanan yang basi atau busuk. Makanan rosak boleh dikenal pasti dengan menggunakan deria LIHAT, BAU dan RASA. Kenal pasti makanan rosak terlebih dahulu sebelum memakan sesuatu makanan. Kaji gambar berikut: sumber imej Mengapa individu dalam gambar menutup hidung apabila terlihat makanan?   Makanan yang rosak (busuk dan basi) mempunyai bau yang busuk .   Kaji gambar berikut: sumber imej sumber

Kaedah Pengawetan Makanan

Apakah maksud pengawetan? Pengawetan ialah proses yang dapat melambatkan kerosakan makanan, menjadikan makanan tahan lebih lama. Kerosakan makanan berlaku kerana kehadiran mikroorganisma (makanan terdedah kepada mikroorganisma). Apabila makanan terdedah kepada mikroorganisma, makanan akan rosak. Bagaimanakah mikroorganisma boleh bertumbuh di atas makanan dan merosakkannya? Ingat semula faktor/ pemboleh ubah/ keadaan yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma: PREZI! Prinsip kepada pengawetan makanan ialah menghalang mikroorganisma daripada mendapat faktor yang menggalakkan pertumbuhannya: 1. menghalang kehadiran udara/ oksigen 2. menaikkan suhu lebih  tinggi daripada 28 darjah Celcius untuk membunuh mikroorganisma 3. menurunkan suhu di bawah 4 darjah Celcius supaya mikroorganisma kurang aktif/ tidak bertumbuh. 4. menghalang kehadiran air. 5. menambah garam dan gula secara berlebihan 6. menjadikan makanan lebih berasid/ keasidan tinggi Kaji kaedah-kaed