Skip to main content

Penciptaan Mesin Yang Lestari

Apakah maksud mesin yang lestari?

Kaji tayangan berikut:



Kaji tayangan berikut pula:


Bolehkah kamu senaraikan perbezaan di antara dua kaedah untuk membuat kerja yang sama seperti yang ditunjukkan dalam tayangan video?


Semak jawapan kamu:


Membajak dengan tajak dan kerbau

Membajak dengan mesin pembajak

1. Alat tajak perlu dipasangkan kepada kerbau sebelum membajak, dan ditanggalkan selepas siap membajak.

1. Alat pembajak sedia dipasangkan alat tajak dan tidak perlu dipasang atau ditanggalkan.

2. Kerbau perlu dipukul untuk mengawal pergerakannya.

2. Mesin pembajak hanya perlu dipusing-pusingkan.

3. Kerbau bergerak perlahan-lahan.

3. Mesin pembajak boleh bergerak laju.


Daripada pemerhatian yang kamu telah buat, apakah yang dimaksdukan dengan mesin yang lestari?

1. ___________

2. ___________

3. ___________

4. ___________


Mesin yang lestari dapat memudahkan kerja. Apabila sesuatu kerja menjadi mudah, ia dapat cepat disiapkan. Mesin yang lestari mudah dikendalikan dan selamat untuk digunakan. Mesin yang lestari bersifat tidak mudah rosak, maka ia dapat tahan lama dan menguntungkan pengguna. Mesin yang lestari membantu mengurangkan kesan pencemaran dan kerosakan kepada alam sekitar.


Binalah suatu peta pemikiran untuk memudahkan murid-murid mengulangkaji:



Comments

Popular posts from this blog

Mutualisme Buran dan Umang-umang

Buran dan umang-umang berinteraksi secara mutualisme. Perhatikan gambar rajah berikut: imej asal Mengapakah hubungan antara dua hidupan ini dipanggil mutualisme? Apakah kebaikan yang didapati antara sesama mereka? Umang- umang dan buran kedua-duanya hidup di atas kulit siput yang telah kosong. Umang-umang tinggal dalam kulit siput, manakala buran tinggal di atas kulit siput. Buran ialah haiwan laut yang mempunyai sengat. Jika ada ancaman menghampirinya, buran akan menggunakan sengatnya. Oleh itu, umang-umang juga mendapat perlindungan daripada musuh. Sebagai balasan, apabila umang-umang bergerak, buran yang tinggal di atas kulit siput itu juga akan dapat bergerak bersama-sama dengan umang-umang. Buran dan umang-umang memberikan manfaat antara satu sama lain, mewujudkan hubungan mutualisme. Poster kreatif murid

Ciri Makanan Rosak

Murid boleh: Menjelas dengan contoh ciri makanan yang telah rosak melalui pemerhatian pada makanan sebenar atau pelbagai media. Apakah makanan yang rosak? Bagaimanakah untuk kenali makanan yang rosak? Apakah ciri makanan yang rosak? Kaji gambar berikut: sumber imej Adakah makanan seperti dalam gambar di atas masih boleh dimakan? Adakah makanan seperti dalam gambar di atas telah rosak? Mengapa? Adakah terdapat perbezaan antara makanan yang masih boleh dimakan dengan makanan yang telah rosak? Bolehkah kamu senaraikan ciri makanan rosak di atas? sumber imej Makanan rosak ialah makanan yang basi atau busuk. Makanan rosak boleh dikenal pasti dengan menggunakan deria LIHAT, BAU dan RASA. Kenal pasti makanan rosak terlebih dahulu sebelum memakan sesuatu makanan. Kaji gambar berikut: sumber imej Mengapa individu dalam gambar menutup hidung apabila terlihat makanan?   Makanan yang rosak (busuk dan basi) mempunyai bau yang busuk .   Kaji gambar berikut: sumber im...

Kaedah Pengawetan Makanan

Apakah maksud pengawetan? Pengawetan ialah proses yang dapat melambatkan kerosakan makanan, menjadikan makanan tahan lebih lama. Kerosakan makanan berlaku kerana kehadiran mikroorganisma (makanan terdedah kepada mikroorganisma). Apabila makanan terdedah kepada mikroorganisma, makanan akan rosak. Bagaimanakah mikroorganisma boleh bertumbuh di atas makanan dan merosakkannya? Ingat semula faktor/ pemboleh ubah/ keadaan yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma: PREZI! Prinsip kepada pengawetan makanan ialah menghalang mikroorganisma daripada mendapat faktor yang menggalakkan pertumbuhannya: 1. menghalang kehadiran udara/ oksigen 2. menaikkan suhu lebih  tinggi daripada 28 darjah Celcius untuk membunuh mikroorganisma 3. menurunkan suhu di bawah 4 darjah Celcius supaya mikroorganisma kurang aktif/ tidak bertumbuh. 4. menghalang kehadiran air. 5. menambah garam dan gula secara berlebihan 6. menjadikan makanan lebih berasid/ keasidan tinggi Kaji kaedah-...