Kaji alat berikut:
Kenal pasti mesin ringkas di dalamnya dengan cara mengenal pasti:
- fungsi alat
- cara alat bekerja
Alat dalam gambar ialah gunting. Gunting berfungsi memotong. Apabila gunting digunakan, satu bilah turun dan satu bilah lagi naik. Gunting mempunyai dua bilah yang dicantum.
Daripada penerangan di atas, apakah mesin ringkas yang kamu dapat kenal pasti?
1. memotong- ____________
2. Satu bilah turun, satu bilah naik- ______________
3. Dua kepingan dicantum- ______________
Jadi daripada aktiviti ini, apakah maksud mesin kompleks?
Mesin kompleks bermaksud gabungan mesin-mesin ringkas dalam suatu alat.
Sebilah gunting merupakan baji yang bekerja secara tuas. Terdapat skru yang mencantum dua bilah gunting supaya ia dapat digunakan.
Kaji contoh berikut pula:
Apakah alat di atas?
Apakah fungsi alat di atas?
Bagaimanakah cara alat di atas bekerja?
1. Sebatang cangkul digunakan untuk memecahkan tanah/ membuat potongan di antara tanah, maka ia ada mesin ringkas __________.
2. Untuk menggali tanah, cangkul mestilah dijongketkan, menyebabkan satu hujung naik ke atas dan satu hujung lagi turun ke bawah, ini dipanggil mesing ringkas __________.
Semak jawapan murid-murid:
1. baji
2. tuas
Adakah cangkul suatu mesin kompleks? Beri alasan kamu.
______________________________________________
Latihan:
Adakah alat di bawah mesin kompleks? Berikan alasan kamu:
Comments
Post a Comment