Buruj penting kepada manusia pada zaman dahulu sebelum terciptanya kalendar dan kompas.
Apakah kegunaan kalendar?
Apakah kegunaan kompas?
Bagaimanakah manusia pada zaman dahulu menggunakan buruj untuk menggantikan kalendar dan kompas?
1. Bumi berputar dan beredar, tetapi buruj tetap di kedudukannya.
Oleh itu, sesuatu buruj itu hanya dapat dilihat dalam bulan yang tertentu sahaja. Dengan ini, buruj dapat digunakan seperti kalendar untuk menandakan tarikh.
Manusia pada zaman dahulu menjadikan buruj sebagai petunjuk musim pertanian untuk menanam dan menuai hasil pertanian.
Contohnya, Buruj Skorpio dapat dilihat menandakan musim menanam.
Selagi Buruj Skorpio tidak kelihatan di langit malam, petani tidak akan memulakan musim menanam tanaman makanan mereka.
Namun pada zaman moden ini, petani tidak perlu menunggu untuk nampak buruj Skorpio, tetapi boleh melihat kalendar. Buruj Skorpio boleh dilihat di langit malam dalam bulan Januari sehingga September.
Dalam zaman moden ini, kalendar memudahkan manusia untuk mengingati tarikh, termasuklah secara digital (dalam komputer dan internet). Tidak perlulah kita menunggu kemunculan buruj untuk mengingat tarikh seperti hari jadi🤩🤩
2. Dalam sesuatu buruj, terdapat bintang yang boleh menunjukkan arah.
Kaji contoh berikut:
Dalam contoh ini, Buruj Pari dan Buruj Centaurus yang berhampiran digunakan untuk menentukan arah selatan.
Panjangkan garisan lurus daripada bintang yang menunjukkan arah selatan dalam Buruj Pari.
Pada Buruj Centaurus, wujudkan garisan bersudut tegak.
Dua garisan yang dipanjangkan ini akan bertemu dan dapat menentukan arah selatan.
Kaji contoh lain ini yang menggunakan buruj Belantik untuk menganggar arah Selatan:
Sambungkan dua titik ini sehingga ke ufuk bumi (tanah)
Buruj Belantikdapat membantu kita mengenal pasti arah Selatan dengan kaedah yang ditunjukkan di atas.
Seperti contoh yang ditunjukkan, kamu perlu memahirkan diri memerhatikan kedudukan kumpulan bintang di langit kerana terdapat begitu banyak bintang-bintang yang lain juga.
Pada zaman moden ini, kompas, peta dan papan tanda nama jalan sangat mudah didapati, termasuklah secara digital (berkomputer dan internet, seperti Waze, Google maps dan lain-lain). Tersebut adalah cara orang pada zaman dahulu menentukan arah.
Tontoni video berikut:
Pengetahuan tambahan:
Oleh sebab buruj tetap pada satu kedudukan, buruj dijadikan tanda tempat di angkasa lepas.
Objek di langit, contohnya meteor seperti Perseid mendapat nama yang hampir serupa dengan buruj Perseus kerana meteor itu kelihatan datang dari arah yang sama dengan buruj Perseus, seperti yang digambarkan berikut:
Boleh dikatakan, sama seperti kita kata orang Kedah asalnya dari negeri Kedah, orang Kuala Lumpur datangnya dari Kuala Lumpur, dan lain-lain.
Kapal angkasa robotik seperti yang digunakan oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) menggunakan peta bintang (map of stars) untuk mencari arah dengan cara membandingkan peta bintang dalam komputer kapal angkasa dengan corak bintang dalam gambar yang diambil.
Angkasawan NASA juga dilatih untuk mengenal pasti buruj di angkasa lepas untuk menentukan arah sekiranya berlaku kerosakan dalam sistem penentuan arah kapal angkasa.
Klik untuk buat quizizz ringkas
Comments
Post a Comment