Skip to main content

Pengurusan Bahan Buangan Secara Terancang

Pernahkah murid-murid terfikir apakah yang akan berlaku kepada sampah daripada rumah kita?

Bagaimanakah bahan buangan diangkut daripada rumah-rumah?
Apakah langkah pertama yang dijalankan kepada bahan buangan?
Apakah langkah yang dijalankan seterusnya kepada bahan buangan?

Kaji video berikut:





Bahan buangan diangkut dengan lori pengangkut sampah ke pusat pusat pengumpulan bahan buangan. 

Bahan-bahan buangan kemudiannya diangkut ke tapak pelupusan sampah.

Di tapak pelupusan sampah, sampah diratakan dengan lapisan tanah.

Bolehkah murid-murid membina peta pemikiran yang sesuai untuk meringkaskan langkah-langkah pelupusan bahan buangan di atas?

 


Apakah cara pengurusan bahan buangan secara terancang yang lain?

Kaji klip video berikut:


Apakah aktiviti yang dijalankan ke atas sampah dalam rakaman di atas?

Ya, sampah telah dibakar.

Walau bagaimanapun, pembakaran sampah tidak dilakukan di tempat terbuka.

Sampah dibakar dalam suatu alat pembakar tertutup dipanggil insinerator.

Insinerator ialah suatu alat pembakar berkapasiti besar (maksudnya boleh membakar bahan buangan dalam jumlah yang sangat banyak).

 Bahan buangan dibakar sehingga menjadi abu.

Abu sampah kemudian diangkut ke tempat pelupusan dan diratakan dengan tanah.


(Video ini ialah petikan video asal daripada negara Singapura.)


Bagi bahan yang boleh dikitar semula, bahan buangan itu akan diproses semula di pusat kitar semula untuk menghasilkan produk/ barang yang baharu.

Berikut ialah klip video kitar semula suatu kilang perusahaan di Malaysia. Kaji:

Apakah bahan yang dikitar semula itu? __________


Apakah barang baharu yang dihasilkan di akhirnya? _________





Berikut ialah klip video tentang sebuah kilang kitar semula di negara Jepun:


(i) Apakah bahan yang dikitar semula di situ?

________________
(ii) Apakah bahan yang dibentuk selepas pemprosesan?

________________
(iii) Apakah barang baru yang dapat dihasilkan kemudiannya?

________________


video asal

Kamu pun boleh kitar semula! Nak cuba? Tonton klip video ini:



(Bacaan buku teks muka surat 158)

Comments

Popular posts from this blog

Mutualisme Buran dan Umang-umang

Buran dan umang-umang berinteraksi secara mutualisme. Perhatikan gambar rajah berikut: imej asal Mengapakah hubungan antara dua hidupan ini dipanggil mutualisme? Apakah kebaikan yang didapati antara sesama mereka? Umang- umang dan buran kedua-duanya hidup di atas kulit siput yang telah kosong. Umang-umang tinggal dalam kulit siput, manakala buran tinggal di atas kulit siput. Buran ialah haiwan laut yang mempunyai sengat. Jika ada ancaman menghampirinya, buran akan menggunakan sengatnya. Oleh itu, umang-umang juga mendapat perlindungan daripada musuh. Sebagai balasan, apabila umang-umang bergerak, buran yang tinggal di atas kulit siput itu juga akan dapat bergerak bersama-sama dengan umang-umang. Buran dan umang-umang memberikan manfaat antara satu sama lain, mewujudkan hubungan mutualisme. Poster kreatif murid

Ciri Makanan Rosak

Murid boleh: Menjelas dengan contoh ciri makanan yang telah rosak melalui pemerhatian pada makanan sebenar atau pelbagai media. Apakah makanan yang rosak? Bagaimanakah untuk kenali makanan yang rosak? Apakah ciri makanan yang rosak? Kaji gambar berikut: sumber imej Adakah makanan seperti dalam gambar di atas masih boleh dimakan? Adakah makanan seperti dalam gambar di atas telah rosak? Mengapa? Adakah terdapat perbezaan antara makanan yang masih boleh dimakan dengan makanan yang telah rosak? Bolehkah kamu senaraikan ciri makanan rosak di atas? sumber imej Makanan rosak ialah makanan yang basi atau busuk. Makanan rosak boleh dikenal pasti dengan menggunakan deria LIHAT, BAU dan RASA. Kenal pasti makanan rosak terlebih dahulu sebelum memakan sesuatu makanan. Kaji gambar berikut: sumber imej Mengapa individu dalam gambar menutup hidung apabila terlihat makanan?   Makanan yang rosak (busuk dan basi) mempunyai bau yang busuk .   Kaji gambar berikut: sumber imej sumber

Kaedah Pengawetan Makanan

Apakah maksud pengawetan? Pengawetan ialah proses yang dapat melambatkan kerosakan makanan, menjadikan makanan tahan lebih lama. Kerosakan makanan berlaku kerana kehadiran mikroorganisma (makanan terdedah kepada mikroorganisma). Apabila makanan terdedah kepada mikroorganisma, makanan akan rosak. Bagaimanakah mikroorganisma boleh bertumbuh di atas makanan dan merosakkannya? Ingat semula faktor/ pemboleh ubah/ keadaan yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma: PREZI! Prinsip kepada pengawetan makanan ialah menghalang mikroorganisma daripada mendapat faktor yang menggalakkan pertumbuhannya: 1. menghalang kehadiran udara/ oksigen 2. menaikkan suhu lebih  tinggi daripada 28 darjah Celcius untuk membunuh mikroorganisma 3. menurunkan suhu di bawah 4 darjah Celcius supaya mikroorganisma kurang aktif/ tidak bertumbuh. 4. menghalang kehadiran air. 5. menambah garam dan gula secara berlebihan 6. menjadikan makanan lebih berasid/ keasidan tinggi Kaji kaedah-kaed