Daripada perbandingan gambar di atas, apakah maksud gerhana Matahari?
*****************************************
1. Perkataan gerhana merujuk kepada 'kelihatan gelap'. Seperti Bulan, Matahari juga boleh kelihatan gelap.
2. Bagaimanakah Matahari boleh kelihatan gelap sedangkan ia sepatutnya terang? Bagaimana kita terangkan sebabnya Matahari boleh kelihatan gelap?
3. Kaji gambar rajah berikut:
imej asal
Semasa gerhana Matahari berlaku, kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari adalah dalam garisan lurus.
Simulasinya ialah, jika kamu berdiri di hadapan seseorang, kemudian seseorang yang lain pula melintas di hadapan kamu, apakah pemerhatiannya?
Ya, kamu tidak nampak orang yang berdiri di belakang orang yang melintas.
Sama keadaannya bagi Matahari dalam kedudukan dalam garisan lurus bersama Bulan dan Bumi, apabila Bulan melintasi di hadapan Matahari, Bulan menghalang cahaya Matahari sampai ke Bumi dan manusia di Bumi tidak dapat menerima cahaya Matahari.
4. Apa lagi yang kelihatan dalam gambar rajah di atas?
Jika di hadapan suatu sumber cahaya terdapat suatu objek yang menghalang, ini akan menghasilkan bayang-bayang.
Apabila Bulan menghalang cahaya Matahari sampai ke Bumi, ini juga menghasilkan bayang-bayang.
Saiz relatif Bulan adalah jauh lebih kecil daripada Matahari, oleh itu bayang-bayang yang terbentuk juga adalah kecil, bermaksud tidaklah keseluruhan Bumi ini mengalami kegelapan daripada kejadian gerhana Matahari.
Berdasarkan gambar rajah, sebahagian kecil kawasan akan mengalami gerhana Matahari penuh iaitu tempat di mana bayang-bayang Bulan jatuh yang paling gelap. Keadaan Matahari juga adalah kelihatan tertutup keseluruhannya seperti dalam gambar berikut:
gambar asal
Bolehkah murid-murid menyebutkan apa yang kamu nampak dalam gambar di atas?
Ya,
suatu bulatan gelap yang di sekelilingnya terdapat gelang yang cerah.
Sebahagian kecil kawasan yang lainnya akan mengalami gerhana Matahari separa iaitu kawasan di mana bayang-bayang Bulan yang kurang gelap. Keadaan Matahari juga adalah kelihatan sebahagian tertutup.
5. Bolehkah kamu ramalkan bagaimanakah keadaan sekeliling kamu apabila permukaan Matahari tertutup?
Tonton dan fahami tayangan berikut:
Rujuk buku teks muka surat 168 - 172
Klik untuk membuat
Comments
Post a Comment