Kaji klip berikut:
kredit imej
Adakah geseran diperlukan dalam aktiviti di atas? Apakah kesan geseran terhadap aktiviti di atas?
Geseran diperlukan dalam aktiviti di atas supaya apabila berjalan, kita tidak mudah terjatuh/ tergelincir.
Situasi 1:
Bandingkan di antara berjalan di atas permukaan basah dengan permukaan kering.
-Berjalan di atas permukaan manakah yang lebih mudah?
-Apakah pemerhatian yang mungkin apabila berjalan di atas lantai yang basah?
-Apakah cara untuk lebih memudahkan berjalan di atas lantai yang basah?
Berjalan di atas lantai yang basah boleh menyebabkan seseorang tergelincir kerana geseran rendah di antara tapak kaki dengan lantai apabila ada air. Air menjadikan lantai lebih licin dan mengurangkan geseran.
Untuk berjalan dengan lebih mudah di atas lantai basah, geseran yang rendah tadi hendaklah ditambah dengan cara menggunakan selipar getah iaitu objek yang bersifat kesat/ permukaan kasar.
Perhatikan bahawa adalah lebih mudah berjalan di atas lantai yang basah dengan berselipar daripada tidak memakai selipar.
Situasi 2:
Bagaimana jika kita berjalan dalam bilik air yang lantainya bersabun?
- Apakah keadaan permukaan lantai?
- Adakah daya geseran tinggi atau rendah?
- Jelaskan satu cara yang dapat memudahkan anda berjalan di bilik air itu.
- Adakah anda telah menambah atau mengurangkan geseran dengan cara yang dinyatakn tadi?
Murid-murid mesti pernah pegang sabun. Sabun bersifat licin, oleh itu lantai bersabun kurang geseran. Apabila kurang geseran, sukar berjalan di atas lantai itu, boleh tergelincir bukan?
Jika kurang geseran maka hendaklah tambahkan geseran supaya mudah nak berjalan di atas lantai bersabun di bilik air itu. Bolehlah pakai selipar yang bersifat kesat/ permukaan kasar.
Ataupun cuci saja lantai bilik air kerana apabila air sabun tiada, kelicinan berkurang dan secara tidak langsung menambah geseran.
Dua situasi ini dapat kaitkan permukaan licin dengan geseran rendah/ kurang geseran.
Ingat permukaan licin, ingat geseran rendah. Geseran rendah jika menyukarkan kerja perlulah ditambah.

Geseran menyebabkan kerja di atas menjadi sukar. Oleh itu, geseran perlu dikurangkan supaya kerja di atas lebih mudah, iaitu supaya kotak lebih mudah ditolak.
Bolehkah anda cadangkan cara-cara supaya kotak ini lebih mudah ditolak?
Kaji gambar berikut:
Kerusi dalam gambar manakah yang lebih sukar ditolak dan ditarik?
Bolehkah murid-murid jelaskan pilihan itu di segi daya geseran yang terhasil daripada aktiviti menolak dan menarik kerusi?
Adakah geseran perlu dikurangkan atau ditambahkan supaya kerja ini lebih mudah? Jelaskan jawapan anda.
Kerusi dalam gambar B lebih sukar ditarik. Ini bermakna geseran tinggi bagi menarik dan menolak kerusi.
Perhatikan bahawa kerusi dalam gambar B diletakkan di atas permaidani. Permaidani bersifat kesat.
Kerusi dalam gambar hanya diletakkan di atas lantai.
Maka supaya kerja ini lebih mudah dilakukan, geseran perlu dikurangkan. Apakah cara mengurangkan geseran?
Permukaan yang kasar dan berat berlebihan menambah geseran. Jika kerja menjadi sukar, geseran hendaklah dikurangkan.
Murid-murid rujuklah buku teks halaman 107 - 110 untuk membaca lebih lanjut tentang contoh-contoh alat dan bahan yang dapat mengurangkan dan menambahkan geseran. Berikut ialah nota ringkas tentang menambah atau mengurangkan geseran:

Geseran
terlalu tinggi
|
Geseran
terlalu rendah
|
- contoh pemerhatian: objek berat susah
ditolak
- geseran tinggi menyukarkan kerja, maka
perlu kurangkan geseran
- gunakan bahan yang lebih licin atau
dapat mengurangkan berat
- menyapu minyak gris pada engsel pintu
yang ketat
- menuang minyak pelincir ke dalam enjin
kenderaan
- menolak objek berat dengan troli/
penggolek/ alat beroda.
- menabur tepung asid borik di atas papan
karom semasa bermain karom
- menggosokkan lilin pada bahagian laci
yang sukar dibuka dan ditutup
|
- contoh pemerhatian: tergelincir apabila berjalan di
lantai bersabun
-
geseran rendah menyukarkan
kerja, maka perlu ditambahkan
- gunakan bahan yang boleh menjadikan
permukaan lebih kesat/ jadikan permukaan kurang licin.
- membentangkan pelapik anti gelincir di
bilik air
- corak/ bunga pada tapak kasut/ tayar/
sarung tangan.
- menggerakkan tetikus komputer di atas
pelapik tetikus
- ahli sukan angkat berat menyapu tangan
dengan kapur magnesium karbonat supaya pemberat besi tidak mudah terlucut
|

Comments
Post a Comment