Masalah 1:
Bolehkah kita memegang pinggan yang diselaputi oleh sabun pencuci dengan mudah?
Air sabun mewujudkan daya geseran yang rendah antara tangan dan pinggan.
Apabila daya geseran ini rendah, maka susahlah untuk kita pegang pinggan yang bersabun itu, betul tak murid-murid?
Masalah 2:
Bolehkah jika kita hendak menulis di atas sekeping pembalut plastik dengan menggunakan sebatang pensel biasa?
Seperti yang telah dipelajari, sesuatu permukaan yang licin seperti pembalut plastik mempunyai geseran yang rendah.
Ia tidak dapat mewujudkan daya geseran dengan mata pensel. Oleh itu, kita tidak dapat menghasilkan tulisan di atas pembalut plastik dengan menulis dengan pensel biasa.
Perhatikan klip berikut:
- Apabila menulis dengan pensel, apakah daya yang dikenakan ke atas pensel itu?
- Apakah tindakan daya geseran?
- Apakah hasil daripada tindakan ini?
- Adakah tindakan ini membawa kebaikan atau keburukan?
Apabila menulis, pensel dikenakan daya tolakan oleh jari yang memegang pensel, oleh itu daya geseran bertindak menentang daya tolakan ini pada bahagian jari yang memegang pensel. Hasilnya, pensel dapat dipegang dengan baik dan tidak terlepas daripada tangan semasa sedang menulis.
Pada masa yang sama, mata pensel bersentuh dengan permukaan kertas juga menghasilkan daya geseran. Perhatikan mata pensel kamu yang tajam akan jadi tumpul setelah menulis beberapa ayat.
Kaji klip berikut:
kredit imej
-Namakan aktiviti di atas.
-Apakah daya yang dikenakan dalam aktiviti di atas?
-Apakah tindakan daya geseran dalam aktiviti di atas?
-Adakah tindakan ini baik atau buruk?
Semasa berjalan, tapak kasut bersentuh dengan permukaan lantai. Geseran yang terhasil membolehkan kita berjalan tanpa terjatuh.
Kaji gambar berikut:
- Bagaimanakah alatulis di atas digunakan?
- Apakah kesannya ke atas alatulis di atas selepas beberapa ketika digunakan? Perhatikan gambar berikut:
- Bolehkah murid-murid senaraikan kesan daripada penggunaan alatulis di atas berdasarkan gambar?
1.
2.
3.
Untuk menggunakan pemadam, ia hendaklah digosok di atas kertas. Daya geseran yang terhasil di antara permukaan pemadam dan kertas menyebabkan pemadam haus dan berubah rupa.
Apakah aktiviti lain yang boleh mewujudkan geseran?
1. Gosokkan tapak tangan anda. Apakah pemerhatian daripada aktiviti itu?
______________________________________
2. Jika kamu menolak meja yang berat untuk mengalihkannya ke tempat lain, adakah kerja itu mudah atau sukar?
______________________________________
(Kerja menolak sebuah meja yang berat adalah lebih sukar.)
kredit imej
Setelah beberapa ketika aktiviti di atas dilakukan, bahagian manakah yang menerima kesan geseran? Apakah contoh pemerhatian yang dapat dibuat pada bahagian yang menerima kesan geseran itu?
Bahagian yang menerima kesan geseran: _______________________________
Kesan geseran pada bahagian itu: _____________________________________
(Pintu yang selalu dibuka dan ditutup akan menerima kesan geseran di bahagian engsel pintu.
Comments
Post a Comment