Skip to main content

Kepentingan Pengawetan Makanan

Mengapa pengawetan makanan penting dalam kehidupan manusia sehari-hari? Apakah akibatnya kalau manusia tidak tahu cara-cara melambatkan kerosakan makanan?

Kaji gambar berikut:


Apakah akibatnya jika makanan P tidak dapat diawet?

Apakah kebaikan bagi makanan Q yang telah diawetkan?


***************

Makanan basah seperti ikan dan daging akan cepat rosak jika tidak dijalankan proses pengawetan ke atasnya.

Bagi makanan yang sudah diawetkan:
* adakah makanan itu cepat rosak/ busuk?
* adakah ia mempunyai rasa yang sama seperti sebelum dijalankan proses pengawetan ke atasnya?
* adakah cara yang sama diperlukan untuk menyimpan makanan yang belum dan sudah diawet?

Jika makanan itu sudah diawetkan, tentulah ia :
* lambat rosak.
* masih boleh dimakan selepas beberapa lama.
* rasa berlainan daripada makanan asal (ikan masin lebih masin daripada ikan segar).
* lebih mudah disimpan (makanan seperti ikan segar mesti disejuk bekukan, tetapi ikan masin boleh disimpan dingin sahaja).


Kaji gambar berikut pula:

Apakah kebaikan jika makanan di atas dijalankan pengawetan ke atasnya? Bolehkah murid-murid senaraikan?

Kaji gambar berikut:

Apakah kebaikan bagi makanan diawet seperti yang ingin digambarkan dalam rajah di atas?


Murid-murid boleh meneruskan bacaan daripada buku teks halaman 143-144 dengan contoh-contoh lain.

Bolehkah murid-murid membina suatu peta pemikiran untuk kesimpulan pelajaran ini?


Comments