kredit imej
Dapatkah anda kenal pasti bahan buangan di atas?
Kaji pula gambar ini:
kredit imej
Dapatkah anda kenal pasti bahan buangan di atas?
(1) gambar pertama kita dapat kenal pasti bahan buangan itu ialah botol minuman plastik.
Tetapi,
(2) gambar bahan buangan kedua tidak dapat kita kenali.
Mengapakah perbezaan ini terjadi?
Jika kamu menyapu daun di halaman rumah dan meloggokkannya di suatu sudut halaman, longgokan daun terdedah kepada panas matahari dan air embun, dan juga mikroorganisma dalam tanah.
Mikroorganisma boleh bertindak balas ke atas bahan buangan untuk menjalankan proses hidupnya.
Aktiviti ini berjalan secara perlahan, mengambil suatu tempoh masa, menyebabkan longgokan daun itu mereput/ hancur
Lama-kelamaan, daun-daun yang reput itu pun bercampur dengan tanah.
Apabila sesuatu objek mereput, bentuk atau bahan asal bahan terbuang itu tidak dapat dikenali lagi.
Bahan buangan terbiodegradasikan boleh mereput dan terurai dengan tindakan mikroorganisma dalam alam semula jadi.
Jadi, apakah yang telah berlaku kepada botol plastik? Mengapa ia masih boleh dikenal pasti walaupun telah beberapa tertanam di dalam tanah?
Botol plastik tidak dapat mereput secara semula jadi dalam alam sekitar.
Mikroorganisma tidak dapat menguraikan plastik.
Plastik ialah jenis bahan buangan yang tidak terbiodegradasikan, iaitu bahan buangan yang tidak dapat direputkan dan diuraikan oleh tindakan mikroorganisma.
Bolehkah murid-murid kelaskan bahan-bahan buangan terbiodegradasikan dan tidak terbiodegradasikan?
Buku teks muka surat 152
Comments
Post a Comment