Kaji gambar rajah berikut:
kredit imej
Apakah cara untuk mewujudkan daya geseran pada objek di atas?
Adakah kerja tersebut mudah?
Kaji gambar berikut:
kredit imej
Apakah cara untuk mewujudkan daya geseran pada objek di atas?
Adakah kerja tersebut mudah?
-------------------------------
GESERAN boleh diperhatikan denagn membuat sesuatu kerja ke atas sesuatu objek, contohnya menolak objek.
Kedua-dua objek di atas boleh ditolak di atas lantai.
Apabila ditolak, terdapat daya geseran bertindak pada permukaan lantai ke atas meja dan kotak yang ditolak.
Apakah perbezaan di antara meja besar dengan kotak kosong.
Kedua-dua objek itu berbeza jisim, iaitu:
-meja lebih berat
-kotak kosong lebih ringan
Apakah pemerhatian yang didapati jika kita menolak meja besar?
Meja besar yang berat itu sukar ditolak.
Mengapa meja itu susah ditolak? Apakah inferens ke atas pemerhatian di atas?
Ini kerana geseran lebih tinggi.
Apakah pemerhatian yang didapati jika kita menolak kotak kosong?
Kotak kosong itu mudah ditolak.
Mengapa kotak kosong mudah ditolak? Apakah inferens bagi pemerhatian di atas?
Ini kerana geseran lebih rendah.
Oleh itu dapat dikatakan bahawa-
(1) kerja yang memudahkan/ ringan menunjukkan terdapat geseran yang rendah(sedikit geseran saja)
(2) kerja yang menyukarkan/ berat menunjukkan terdapat geseran yang tinggi
Comments
Post a Comment