Skip to main content

Maksud Daya

Perhatikan aktiviti berikut:


image credit


Apakah yang dapat diperhatikan?
Troli bergerak ke depan menjauhi orang yang menolaknya.

Bagaimanakah troli boleh bergerak ke depan?
Troli itu diberi daya tolakan.

Tolakan ialah suatu daya dalam aktiviti ini.

Perhatikan aktiviti berikut:



kredit imej

Apakah yang dapat diperhatikan dalam aktiviti di atas?
Joran mendekati orang yang menariknya.

Bagaimanakah joran dapat mendekati orang yang menariknya?
Joran dikenakan daya tarikan.

Tarikan ialah suatu daya dalam aktiviti di atas.


Kaji aktiviti berikut pula:

Apakah daya yang terlibat dalam aktiviti di atas?

Daya tolakan dan daya tarikan .

 

Daripada contoh-contoh yang telah dikaji, DAYA IALAH TARIKAN DAN TOLAKAN.

 

Latihan kendiri-

Senaraikan contoh aktiviti yang melibatkan daya tolakan.

1. ______________________

2. ______________________

3. ______________________



Senaraikan contoh aktiviti yang melibatkan daya tarikan.

1. _______________________

2. _______________________

3. _______________________



Senaraikan contoh aktiviti yang melibatkan daya tolakan dan tarikan.

1. _________________

2. _________________

3. _________________





Semak jawapan murid-murid:

Contoh aktiviti yang melibatkan daya tolakan:
1. menanggalkan stokin.
2. menendang bola.

Contoh aktiviti yang melibatkan daya tarikan:
1. menolak troli
2. mengangkat kotak

Contoh aktiviti yang melibatkan daya tolakan dan tarikan:
1. memotong kayu dengan gergaji.
2. memberus gigi



Apabila menyatakan contoh aktiviti, gunakan perkataan yang boleh menyatakan perbuatan menarik dan menolak dalam aktiviti secara jelas.

Contoh:

Apakah aktiviti yang melibatkan daya tarikan?

Menutup pintu gelongsor.

JANGAN JAWAB menarik pintu gelongsor.

 

Menolak troli adalah betul kerana menolak ialah caranya untuk menggunakan troli.


Klik di sini untuk membuat latihan liveworksheets

Comments