Skip to main content

Membuat pemerhatian terhadap kesan daya

Daya tidak dapat dilihat tetapi kesannya dapat diperhatikan.
Bagaimanakah caranya kita memerhatikan kesan daya?
 
Objek-objek boleh dikenakan daya.
Mengenakan daya bermaksud kita menolak atau menarik, ataupun menarik dan menolak secara serentak.
 
Kaji yang berikut:
Sehelai kertas direnyukkan.
Pemerhatian:  Kertas menjadi bentuk bola.
Apakah kesan daya yang telah diperhatikan- Daya mengubah bentuk objek.
 
 

Pegun ialah objek dalam keadaan tidak bergerak.
Objek pegun boleh dikenakan daya dengan cara menolak atau menariknya.
Objek yang tadinya pegun tidak bergerak boleh bergerak selepas dikenakan daya.


Objek yang sedang bergerak juga boleh dikenakan daya.
Objek yang sedang bergerak dapat bergerak lebih laju apabila dikenakan daya ke atasnya.
Kesan daya yang diperhatikan ialah daya mengubah kelajuan objek.

 

Objek yang sedang bergerak boleh diperlahankan, seterusnya berhenti bergerak apabila dikenakan daya ke atasnya.
 

Objek yang sedang bergerak boleh dikenakan daya di sisinya, iaitu dengan cara menolak ke sisi sama ada kiri/ kanan/ depan/ belakang.
Daya ini mengubah arah pergerakan objek.


Latihan kendiri:
Berikut ialah kesan daya.

Mengubah arah pergerakan objek.
Mengubah kelajuan objek kepada lebih perlahan atau lebih cepat..
Menggerakkan objek pegun.
Memberhentikan objek yang sedang bergerak.
Mengubah bentuk objek.





*pegun bermaksud tidak bergerak.

Catatkan pemerhatian bagi setiap aktiviti berikut, kemudian padankan kesan daya di atas:

Aktiviti
Pemerhatian
Kesan daya
1. Ali memijak botol minuman plastik selepas meminum air di dalamnya.
Botol plastik menjadi kemik.

2. Abu memandu kereta apabila lampu isyarat merah bertukar hijau.
Kereta mula bergerak.

3. Abu menahan bola yang sedang bergolek ke arahnya.


4. Ali menendang bola yang sedang meleret.


5. Abu menolak troli ke kanannya untuk pergi memilih barang di pasaraya.




Comments

Popular posts from this blog

Mutualisme Buran dan Umang-umang

Buran dan umang-umang berinteraksi secara mutualisme. Perhatikan gambar rajah berikut: imej asal Mengapakah hubungan antara dua hidupan ini dipanggil mutualisme? Apakah kebaikan yang didapati antara sesama mereka? Umang- umang dan buran kedua-duanya hidup di atas kulit siput yang telah kosong. Umang-umang tinggal dalam kulit siput, manakala buran tinggal di atas kulit siput. Buran ialah haiwan laut yang mempunyai sengat. Jika ada ancaman menghampirinya, buran akan menggunakan sengatnya. Oleh itu, umang-umang juga mendapat perlindungan daripada musuh. Sebagai balasan, apabila umang-umang bergerak, buran yang tinggal di atas kulit siput itu juga akan dapat bergerak bersama-sama dengan umang-umang. Buran dan umang-umang memberikan manfaat antara satu sama lain, mewujudkan hubungan mutualisme. Poster kreatif murid

Ciri Makanan Rosak

Murid boleh: Menjelas dengan contoh ciri makanan yang telah rosak melalui pemerhatian pada makanan sebenar atau pelbagai media. Apakah makanan yang rosak? Bagaimanakah untuk kenali makanan yang rosak? Apakah ciri makanan yang rosak? Kaji gambar berikut: sumber imej Adakah makanan seperti dalam gambar di atas masih boleh dimakan? Adakah makanan seperti dalam gambar di atas telah rosak? Mengapa? Adakah terdapat perbezaan antara makanan yang masih boleh dimakan dengan makanan yang telah rosak? Bolehkah kamu senaraikan ciri makanan rosak di atas? sumber imej Makanan rosak ialah makanan yang basi atau busuk. Makanan rosak boleh dikenal pasti dengan menggunakan deria LIHAT, BAU dan RASA. Kenal pasti makanan rosak terlebih dahulu sebelum memakan sesuatu makanan. Kaji gambar berikut: sumber imej Mengapa individu dalam gambar menutup hidung apabila terlihat makanan?   Makanan yang rosak (busuk dan basi) mempunyai bau yang busuk .   Kaji gambar berikut: sumber im...

Kaedah Pengawetan Makanan

Apakah maksud pengawetan? Pengawetan ialah proses yang dapat melambatkan kerosakan makanan, menjadikan makanan tahan lebih lama. Kerosakan makanan berlaku kerana kehadiran mikroorganisma (makanan terdedah kepada mikroorganisma). Apabila makanan terdedah kepada mikroorganisma, makanan akan rosak. Bagaimanakah mikroorganisma boleh bertumbuh di atas makanan dan merosakkannya? Ingat semula faktor/ pemboleh ubah/ keadaan yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma: PREZI! Prinsip kepada pengawetan makanan ialah menghalang mikroorganisma daripada mendapat faktor yang menggalakkan pertumbuhannya: 1. menghalang kehadiran udara/ oksigen 2. menaikkan suhu lebih  tinggi daripada 28 darjah Celcius untuk membunuh mikroorganisma 3. menurunkan suhu di bawah 4 darjah Celcius supaya mikroorganisma kurang aktif/ tidak bertumbuh. 4. menghalang kehadiran air. 5. menambah garam dan gula secara berlebihan 6. menjadikan makanan lebih berasid/ keasidan tinggi Kaji kaedah-...