Apakah perbezaan di antara kedua-dua keadaan Bulan yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas? Apakah maksud gerhana Bulan berdasarkan gambar yang murid-murid kaji di atas?
-------------------------------------
1. Perkataan gerhana merujuk kepada 'kelihatan gelap'
2. Gerhana Bulan merujuk kepada keadaan Bulan yang kelihatan gelap semasa gerhana Bulan berlaku (Bulan sepatutnya kelihatan terang).
3. Gerhana Bulan berlaku semasa Bulan dalam fasa Bulan penuh (sebab itulah Bulan sepatutnya kelihatan terang).
4. Perhatikan gambar rajah berikut:
(a) Perhatikan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan.
(b) Bulan penuh sepatutnya kelihatan terang, tetapi mengapakah Bulan penuh kelihatan gelap semasa gerhana berlaku? Apakah yang dapat diperhatikan daripada gambar rajah di atas?
Jawapan- Bulan melintasi kawasan bayang-bayang Bumi. Kedudukan Bumi yang menghadap Matahari mewujudkan kawasan bayang-bayang Bumi di bahagian belakang Bumi.
5. Sepanjang tempoh Bulan melintasi kawasan bayang-bayang Bumi, gerhana Bulan berlaku secara berperingkat sehinggalah Bulan keluar daripada kawasan bayang-bayang Bumi, Bulan penuh yang terang akan kembali kelihatan sedikit demi sedikit.
6. Gerhana separa ialah sebahagian Bulan kelihatan gelap pada peringkat awal dan akhir gerhana Bulan.
7. Gerhana penuh ialah di mana keseluruhan Bulan kelihatan gelap iaitu apabila melintasi kawasan bayang-bayang Bumi yang paling gelap.
Bulatan kuning- Matahari
Bulatan biru- Bumi
Bulatan putih- Bulan
1. Bulan belum masuk kawasan bayang-bayang Bumi, maka gerhana Bulan belum berlaku dan Bulan penuh yang terang masih kelihatan.
2. Bulan sudah masuk kawasan bayang-bayang Bumi. Sebahagian Bulan mula kelihatan gelap (gerhana separa)
3. Bulan sedang melintasi kawasan bayang Bumi yang paling gelap dan kelihatan gelap secara keseluruhan (gerhana penuh)
4. Bulan terus beredar keluar daripada kawasan bayang Bumi, sebahagian Bulan mula kelihatan terang semula (gerhana separa)
5. Bulan terus beredar keluar daripada kawasan bayang Bumi, gerhana tamat dan Bulan penuh yang terang sudah kelihatan semula.
Gerhana separa- sebahagian Bulan kelihatan gelap.
Gerhana penuh- keseluruhan Bulan kelihatan gelap.
contoh gambar gerhana bulan penuh seperti berikut:
kredit imej
Bulan yang sedang mengalami gerhana penuh kelihatan kemerahan. Ini disebabkan oleh kesan penyerakan cahaya apabila merentasi atmosfera bumi dan bahan-bahan lain yang terdapat di udara. Kesan ini sama seperti kita melihat warna langit yang kemerahan pada waktu senja.
Gerhana Bulan berlaku dalam masa beberapa jam iaitu tempoh yang diambil oleh Bulan untuk beredar mengelilingi Bumi.
Tontonlah video simulasi berikut:


Comments
Post a Comment