kredit imej
Bagaimanakah mewujudkan daya geseran pada objek di atas?
Adakah kerja itu mudah?
Kaji gambar berikut:
kredit imej
Bagaimanakah mewujudkan daya geseran pada objek di atas?
Adakah kerja itu mudah?
---------------------------------
GESERAN boleh diperhatikan dengan membuat sesuatu kerja ke atas sesuatu permukaan, contohnya menarik objek.
Tarik satu objek yang sama di atas dua permukaan yang ditunjukkan.
Contohnya tarik beg troli.
kredit imejApabila ditarik, terdapat daya geseran bertindak pada permukaan lantai ke atas roda beg troli yang ditarik.
Apakah perbezaan di antara dua permukaan yang ditunjukkan?
Kedua-dua objek itu berbeza jenis permukaan, iaitu
-permukaan kasar
-permukaan licin
Apakah pemerhatian yang didapati jika kita menarik beg troli di atas permukaan kasar?
Beg troli itu sukar ditarik.
Mengapa beg troli itu sukar ditarik? Apakah inferens bagi pemerhatian di atas?
Ini kerana geseran lebih tinggi.
Apakah pemerhatian yang didapati jika kita menarik beg troli di atas permukaan licin?
Beg troli itu mudah ditarik.
Mengapa beg troli itu mudah ditarik? Apakah inferens bagi pemerhatian di atas?
Ini kerana geseran lebih rendah.
Oleh itu dapat dikatakan bahawa-
(1) permukaan licin mewujudkan geseran yang rendah (sedikit geseran saja)
(2) permukaan kasar mewujudkan geseran yang tinggi
Comments
Post a Comment