(1) Hubungan antara kelajuan dengan masa Kaji klip video berikut: kredit gif Dalam klip video di atas, peserta manakah yang laju? Peserta yang paling awal sampai. Peserta paling awal ini dengan kata lain mengambil masa paling singkat untuk sampai ke garisan penamat. Oleh itu, sesuatu objek yang bergerak lebih laju mengambil masa yang lebih singkat untuk bergerak . (Lagi laju, lagilah cepat sampai) (2) Hubungan kelajuan dengan jarak Kaji gambar berikut: kredit imej mohdzulkifli.com Mana satukah pelari yanng laju? Pelari yang di hadapan sekali. Apakah yang diukur dalam gambar ini? Jarak (berapa jauh) Oleh itu, dapat kita katakan bahawa objek yang bergerak lebih laju dapat melalui jarak yang lebih jauh . (Lagi laju, lagi jauh dia pergi)